Ham (cimpanzi)
Ham (cimpanzi)

Ham (cimpanzi)

Ham (Julai 1957 - 19 Januari 1983), juga dikenali sebagai Ham si Cim dan Ham si Astrocim, ialah cimpanzi dan hominid pertama yang dilancarkan ke angkasa. Pada 31 Januari 1961, Ham melakukan penerbangan suborbit dalam misi Mercury-Redstone 2, yang merupakan sebahagian daripada Projek Mercury program angkasa lepas A.S..[1][2] Nama Ham ialah singkatan daripada makmal yang menyediakannya untuk misi bersejarahnya - Pusat Perubatan Aeroangkasa Holloman, yang terletak di Pangkalan Tentera Udara Holloman di New Mexico, barat daya Alamogordo. Namanya juga sebagai penghormatan kepada komander Makmal Aeroperubatan Holloman, Leftenan Kolonel Hamilton "Ham" Blackshear.[3][4]

Rujukan

WikiPedia: Ham (cimpanzi) http://archiver.rootsweb.ancestry.com/th/read/BLAC... http://www.life.com/image/first/in-gallery/54811/i... http://www.vibrationdata.com/space/Animals.htm http://www.who2.com/hamthechimp.html http://www.uga.edu/animal-cognition-lab/web-pages/... //www.worldcat.org/oclc/42080118 https://news.google.com/newspapers?id=SYNfAAAAIBAJ... https://news.google.com/newspapers?id=wVFYAAAAIBAJ... https://history.nasa.gov/SP-4201/ch10-3.htm https://archive.org/details/spacechimpnasasa0000fa...